Just a short entry.. Lets read. :)
Alkisah,Allah memerlukan waktu yang secukupnya untuk menciptakan wanita. Padahal boleh sahaja Allah menyatakan ‘Kun,Fayakun’. Jadi,maka jadi. Tetapi Allah Maha bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apapun yang hendak dibuat harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses.
Malaikat menghadap Allah dan bertanya : ‘ ya Allah,mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan makhluk yang bernama wanita ini?’
Allah menjawab : ‘Apakah kamu memerhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada makhluk ciptaan Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki 200 organ yang selalu bergerak agar mampu menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat segala enak makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang dapat menyembuhkan sakit. Dia harus mampu melakukan segala sesuatu dengan dua tangannya.’
Malaikat terkejut dan berkata : ‘hanya dengan dua tangan? Ini adalah mustahil ! ‘
Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya.
Lalu kepada malaikat,Allah berirman : ‘tunggulah sehigga esok. Aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan aku. Dia mampu menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu mampu bekerja sepanjang hari dan malam.’
Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya.
lalu bertanya kepada Allah : ‘Tuhan Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!’
Allah menjawab: ‘Ya sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak dapat menggambarkan sampai mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.’
Malaikat bertanya : ‘apakah dia mampu berfikir?’
Allah menjawab : ‘Tidak hanya berfikir,dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara,dia pandai berdialog dan pandai berdebat.’
Malaikat memegang pipi wanita itu dan berasa asing.
kemuadian Malaikat bertanya : ‘Tuhan,mengapa pipinya ranum berkilau?’
Allah menjawab: ‘Itu bukan semata-mata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan airmata, disitu terletak banyak beban berat.’
Malaikat bertanya : ‘mengapa mengalirkan airmata?’
Allah menjawab : ‘Airmata adalah satu-satunya cara untuk melepaskan beban. Mengalirkan airmata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya.’
SubhanAllah!! Wanita adalah Maha karya Allah yang maha agung. Wanita adalah karya besar Allah yang maha indah dan menawan. Wanita adalah keajaiban dunia. Lebih ajaib dari keajaiban dunia yang anda kenal. Wanita satu bentuk, beribu keajaiban yang menyertainya.
Menangislah sebab menangis tu kadang kadang mampu melegakan perasaan kita. jangan tipu sebab aku pun rasa mcm tu.
0 oRg yang suka mengkomen cik LoLipop:
Post a Comment